Search

header ads

[SINARH] Zii Jia selamatkan maruah kem Malaysia



JAGUH perseorangan lelaki, Lee Zii Jia terselamat daripada 'malapetaka' yang menimpa kem Malaysia pada pusingan pertama Masters Malaysia 2023 hari ini. Selepas satu persatu wakil Malaysia tumbang, Zii Jia menutup cerita di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan langkah kanan selepas menewaskan pemain China, Lu Guang Zu 21-12,-21-19. "Sudah tentu saya gembira dan lega dengan kemenangan tadi. Ia satu permulaan yang baik untuk saya menghadapi pusingan kedua esok (Rabu)," kata Zii Jia yang kini menduduki ranking ke-10 dunia. Dalam aksi pusingan kedua, Zii Jia dijadualkan menentang pemain Taiwan, Lin Chun-Yi yang mengalahkan penyandang juara dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo 13-21, 21-16, 21-8. Kemenangan Zii Jia itu nyata menggembirakan peminat badminton tempatan selepas mereka dikecewakan dengan kekalahan empat wakil beregu campuran, satu gandingan beregu lelaki dan dua pemain perseorangan. Terdahulu, barisan pemain beregu campuran memulakan kisah duka kem Malaysia apabila semua empat wakil tersingkir awal. Gandingan meningkat naik, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei gagal menghadirkan keceriaan di hadapan penyokong sendiri apabila tewas 20-22, 21-11, 15-21 kepada beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari. Beregu profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie tersingkir awal apabila mengalami kekalahan 19-21, 21-18, 12-21 di tangan gandingan Indonesia, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti. Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula tewas 20-22, 20-22 kepada beregu Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran, manakala Chan Peng Soon-Cheah Yee See tumbang di tangan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun 8-21, 15-21. Nasib sama dialami beregu lelaki profesional negara, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong tewas 23-21, 14-21, 16-21 kepada gandingan Scotland, Alexander Dunn-Adam Hall. Penyokong tempatan terus disajikan dengan skrip sama apabila dua wakil dalam acara perseorangan mengalami kekalahan di tangan lawan masing-masing. Perseorangan wanita profesional, Goh Jin Wei tewas 17-21, 21-17, 15-21 kepada Yvonne Li dari Jerman, manakala perseorangan lelaki, Ng Tze Yong tewas 21-17, 16-21, 13-21 kepada pemain Jepun, Kenta Nishimoto.
Read more:SINARH
2023-05-24 22:31:0

Catat Ulasan

0 Ulasan