Search

header ads

[SINARH] KPDN Kelantan kesan 6 kes peniaga jual gula, minyak masak bersyarat



KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan mengesan enam kes penjualan barangan makanan seperti gula kasar dan minyak masak secara bersyarat di Kelantan bermula Januari tahun ini hingga Isnin lalu. Pengarah KPDN Kelantan, Azman Ismail berkata, kes itu dikesan berlaku di Pengkalan Chepa dan Bachok. Menurutnya, siasatan dijalankan melalui Operasi Khas susulan aduan diterima berkaitan pengguna yang mahu membeli gula biasa dikenakan syarat perlu membeli gula putih premium. "Peniaga ini menetapkan syarat, jika pembeli mahu mendapatkan dua kilogram gula pasir kasar biasa, perlu membeli sebungkus gula putih premium sekilogram dan begitu juga jika mahu membeli minyak masak. "Pasukan penguat kuasa yang melakukan penyamaran sebagai pengguna membuat uji belian terhadap barangan kawalan tersebut dan mengesahkan penjualan bersyarat dibuat oleh peniaga runcit terbabit," katanya pada sidang akhbar di Pejabat KPDN Kelantan di sini pada Rabu. Menurut Azman, tidak cukup dengan itu, mereka juga didapati melakukan kesalahan gagal mempamerkan tanda harga dan menjual gula kasar lebih tinggi daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Katanya, sehubungan itu mereka melakukan tiga kesalahan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. "Peniaga runcit menjual gula premium sekilogram pada harga sekitar RM4.60 dan RM3. "Bagi gula pasir kasar pula, ada peniaga menjual dengan harga lebih tinggi daripada RM2.85 yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya. Kata Azman, KPDN Kelantan memberi amaran keras kepada mana-mana peniaga yang masih melakukan kesalahan seumpama ini dan menasihati pengguna supaya bijak menggunakan hak sebagai pembeli. "Kami tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan terhadap peniaga yang melanggar undang-undang. "Pengguna juga dinasihatkan agar mengelak daripada dimanipulasi oleh peniaga yang melakukan kesalahan itu dengan motif mahu melariskan jualan gula premium mereka," katanya.
Read more:SINARH
2023-08-30 15:0:0

Catat Ulasan

0 Ulasan