Search

header ads

[SINARH] Polis kesan saksi, bukti kes tembak di Kapar



KLANG - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berusaha mengesan beberapa saksi berlaku kejadian tembak di Taman Intan, Kapar, dekat sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima satu aduan kejadian tembak terhadap seorang lelaki warga tempatan. Sehubungan itu kata beliau, selain mengesan beberapa saksi bebas di lokasi kejadian, polis juga mengumpul bukti dan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek terlibat. "Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara telah berada di lokasi kejadian jam 10.35 malam bagi melakukan siasatan di hadapan rumah kedai dua tingkat. "Hasil siasatan awal mendapati saksi awam mendengar bunyi beberapa das tembakan dan terdapat kemalangan kecil jalan raya di sekitar lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Mengulas lanjut, S Vijaya berkata, mangsa merupakan seorang lelaki yang berusia lingkungan 36 tahun. Beliau berkata, lelaki tersebut mempunyai sebanyak 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta jenayah kekerasan. Sehubungan itu menurut beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkan kepada IPD Klang Utara atau mana-mana balai polis berhampiran.
Read more:SINARH
2023-08-31 15:13:0

Catat Ulasan

0 Ulasan