Search

header ads

[SINARH] Agong, Permaisuri doa kesembuhan penyampai berita, Raymond Goh



KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mendoakan penyampai berita TV3 Raymond Goh dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan serta keafiatan segera. Turut mendoakan kesembuhan ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, penyampai berita itu dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan sedang menerima rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor. Raymond atau nama sebenarnya Mohd Zaman Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 o'clock news dan kemudian beralih kepada Nightline di stesen televisyen berkenaan. Beliau telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan. - Bernama
Read more:SINARH
2023-09-01 14:34:0

Catat Ulasan

0 Ulasan