Search

header ads

[SINARH] Irmohizam Ibrahim dilantik Ahli Lembaga Pengarah WTCA



SHAH ALAM - Pengarah Urusan Kumpulan, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjadi rakyat Malaysia pertama dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. WTCKL dalam satu kenyataan berkata, pemilihan tersebut mencerminkan sumbangan dan kepimpinan luar biasa Irmohizam dalam industri acara perniagaan (BE) di peringkat global. "Beliau turut berkhidmat dengan aktif sebagai ahli Lembaga Penasihat bagi Persatuan Penganjur dan Pembekal Konvensyen serta Pameran Malaysia (MACEOS). "Peranan beliau sebagai Pengerusi Persidangan dan Pameran Majlis Anggota Penasihat (MAC) WTCA juga mengesahkan statusnya sebagai peneraju serta tokoh terkemuka dalam industri BE bagi mengukuhkan lagi kehadiran Malaysia di pentas global," katanya pada Selasa. Dalam pada itu, menurut Irmohizam, pencapaian tersebut mencerminkan kekuatan dan potensi Malaysia dalam acara perniagaan global. Ujarnya, usaha itu akan menjadikan Malaysia menjadi sebahagian komuniti perniagaan antarabangsa. "Saya bangga dan berbesar hati dengan peluang yang diberikan untuk berkhidmat dalam Lembaga Pengarah WTCA. "Berkat usaha dan bekerja tanpa jemu untuk membawa Malaysia ke hadapan bagi menjadikan kita lebih kuat sebagai salah satu pemain industri," ujarnya.
Read more:SINARH
2023-09-19 14:48:0

Catat Ulasan

0 Ulasan