Search

header ads

[SINARH] Kos VAR hampir cecah RM10 juta



LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mungkin perlu mencari tajaan yang lebih tinggi untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) apabila sistem video bantuan pengadil (VAR) mula diaplikasikan tahun hadapan. Ia selepas badan pentadbir liga itu terpaksa berbelanja besar dalam usaha memastikan sistem VAR itu dapat digunakan dalam setiap perlawanan liga di negara ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, kos untuk mengaplikasi VAR pada tahun hadapan cukup tinggi dianggarkan sekitar RM9.7 juta. "Selepas itu (untuk tahun seterusnya), anggaran MFL pada masa ini adalah RM3.2 juta setahun dan ia tidak termasuk kos yang kita tidak dapat kenal pasti buat masa ini. "Untuk tahun pertama lebih tinggi disebabkan oleh pembelian barang-barang yang diperlukan. Ia kos pelaburan untuk tahun pertama. Ini tidak termasuk kamera tambahan kalau kita nak tambah untuk tahun seterusnya," katanya dalam sidang media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Kelana Jaya pada Jumaat. Dalam pada itu, Stuart menegaskan MFL masih belum dapat memberikan tarikh tepat selain memberikan bayangan ia tidak akan dapat diaplikasikan pada perlawanan akhir Piala Malaysia seperti yang dijangka. "Sebelum saya jawab tarikh untuk kita implementasi VAR ini, kita perlu melihat kepada segi kewangan, infrastruktur dan perbincangan dengan badan penyiar untuk memastikan kesediaan semua yang terbabit dalam implementasi VAR ini. "Beri MFL sedikit masa lagi untuk memastikan apa-apa jawapan yang kita bagi adalah berfakta dan telah merujuk kepada semua yang terbabit. "Ini bagi memastikan semua dalam keadaan cukup bersedia iaitu dari segi latihan pengadil, penyiaran dan segala infrastruktur," katanya.
Read more:SINARH
2023-09-01 15:9:0

Catat Ulasan

0 Ulasan