Search

header ads

[SINARH] KPDN siasat kes peniaga letak syarat jual gula pasir



PADANG BESAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyiasat secara terperinci berkaitan aduan pengguna bahawa terdapat premis perniagaan menjual gula pasir secara bersyarat. Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Mohd Yusof berkata, setakat ini pihaknya menerima aduan di Perlis, Kelantan dan Perak. "Kita (KPDN) tidak akan berdiam dalam perkara ini dan peniaga yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 19 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya. Beliau kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Jualan Rahmah Bergerak Peringkat Perlis dan Karnival Hero Pengguna Peringkat Perlis di Arked Wang Kelian di sini pada Sabtu. Azman berkata, pihaknya akan mengumumkan hasil siasatan itu selepas ini. Media baru-baru ini melaporkan KPDN Perak menyerbu sebuah premis perniagaan di Batu Gajah pada 25 Ogos lepas kerana menjual gula pasir secara bersyarat. - Bernama
Read more:SINARH
2023-09-02 15:5:0

Catat Ulasan

0 Ulasan