Search

header ads

[SINARH] Letak kereta 'terlantar', individu didenda RM200



KUALA LANGAT - Seorang individu berusia 30-an didenda RM200 atau lima hari penjara oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu, kerana meletakkan kenderaan terlantar (kereta) di tempat awam sehingga mengundang halangan, baru-baru ini. Majistret, Khairul Fahri Yusob menjatuhi orang kena saman dengan hukuman itu, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. Dia yang dikenakan waran tangkap kerana gagal hadir ke mahkamah sebelum ini, dituduh mengikut Seksyen 46 (1) (e) Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974. Mengikut fakta kes, dia yang tidak diwakili peguam, didapati meletakkan kenderaan terlantar (kereta) di kawasan Jenjarom Kuala Langat, di sini. Dalam kes ini, pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Hasrizal Abd Rahim dan Ahmad Razali Abd Manaf. Sementara itu, pihak MPKL menyatakan, tindakan akan diambil terhadap pihak yang melanggar peraturan dan undang-undang perbandaran.
Read more:SINARH
2023-09-13 16:56:0

Catat Ulasan

0 Ulasan