Search

header ads

[SINARH] Malaysia-Indonesia jalin kerjasama dalam bidang akademik



SHAH ALAM - Malaysia dan Indonesia menjalin kerjasama dalam bidang akademik melibatkan Pusat Kajian Ikatan Malaysia - Indonesia (IKMI), Institut Pengajian Malaysia dan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Program Pengajian Indonesia–Malaysia (IMSP), Pengajian Asia Timur, Universiti Prasetiya Mulya Indonesia. Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan, kerjasama antara kedua-dua universiti itu merupakan hasil lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jakarta pada Januari dan lawatan Presiden Republik itu, Joko Widodo ke Malaysia pada Jun lalu. "Semasa lawatan beliau ke Jakarta, Perdana Menteri menyeru Indonesia dan Malaysia untuk terus bekerjasama dalam isu serantau bagi menjamin kepentingan politik dan ekonomi kedua-dua negara. "Saya dan rakan sejawat, Retno L P Marsud turut mengulangi bahawa Indonesia dan Malaysia perlu membangun, mengekalkan dan terus memupuk hubungan baik antara kedua-dua buah negara. "Dalam ucapan saya juga menyentuh dan menyeru institusi akademik untuk menggalakkan hubungan baik dan saling menghormati kedua-dua negara seperti yang terkandung dalam Piagam ASEAN," katanya menerusi kenyataan pada Ahad. Dalam pada itu, Zambry turut menyeru sektor swasta untuk bekerjasama dan membangunkan perkongsian strategik dengan institusi akademik menerusi aktiviti yang dibiayai kedua-dua pihak dalam penyelidikan kolaboratif. Kerjasama itu katanya, boleh memberi khidmat nasihat kepada kerajaan dalam bidang berkaitan.
Read more:SINARH
2023-09-03 20:30:0

Catat Ulasan

0 Ulasan