Search

header ads

[SINARH] Notifikasi lesen tamat tempoh usaha Grab, Foodpanda



SHAH ALAM - Pemakluman lesen tamat tempoh bagi penunggang p-haling antara inisiatif diambil Grab Malaysia dan Foodpanda bagi memastikan pekerja ekonomi gig itu tidak melakukan kesalahan jalan raya. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pertemuan pihaknya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan dua syarikat berkenaan pada Isnin untuk mendapatkan pencerahan berhubung isu seorang penunggang motosikal penghantar makanan yang bekerja tanpa lesen serta insurans motosikal tamat tempoh hingga berlaku insiden penyitaan tersebut. "Saya mengalu-alukan usaha itu supaya rider dapat melakukan tugas dengan lebih selamat. "Oleh itu, aspek keselamatan jalan raya dan pematuhan undang-undang amat penting," katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Isnin. Pada 13 September, tular video di media sosial memaparkan seorang rider berjalan kaki sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya di Nilai baru-baru ini. Lelaki berkenaan dilihat berjalan dan masih memakai topi keledar dalam cuaca panas selepas tidak dapat meneruskan kerja mencari rezeki kerana motosikalnya disita Jabatan Pengangkutan Jalan, di Nilai, Negeri Sembilan. Menurut Fahmi, secara keseluruhan terdapat hampir 200,000 rider pelbagai platform di seluruh negara namun terdedah kepada risiko untuk mengalami kemalangan ketika bekerja. "Pihak JPJ memaklumkan sehingga Mei 2022, daripada 1,242 kemalangan jalan raya, sebanyak 112 orang penunggang penghantaran makanan meninggal dunia. "Justeru, KKD melalui MDEC akan terus bekerjasama dengan sektor p-hailing dan ekonomi gig dalam usaha memajukan ekonomi digital di Malaysia," ujarnya.
Read more:SINARH
2023-09-18 20:50:0

Catat Ulasan

0 Ulasan