Search

header ads

[SINARH] PRK: Yakin Johor jadi 'simpanan tetap' Kerajaan Perpaduan - Zahid



JOHOR BAHRU - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin Johor mampu kekal menjadi 'simpanan tetap' kepada Kerajaan Perpaduan. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan itu perlu diterjemahkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram Sabtu ini. "Kita boleh lihat kesungguhan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang berkampung di Simpang Jeram, Muar bagi memperkuatkan kempen sekali gus memenangkan calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman. "Saya amat yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang datang ke Johor pada hari ini, tentunya ada mesej tertentu yang ingin beliau sampaikan kerana rakyat Johor, bangsa Johor yang istiqamah," katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini pada Ahad. Turut hadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah. Sebelum ini terdapat beberapa isu melanda UMNO dan BN contohnya minggu lalu 11 kain rentang dengan tulisan 'Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon Pakatan Harapan' yang digantung sekitar daerah ini sekali gus tular dalam media sosial. Difahamkan ketua-ketua UMNO cawangan dalam bahagian Pulai menolak calon PH bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kait. Mengulas lanjut, Ahmad Zahid mahu semua masalah yang timbul semasa kempen dalam PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diselesaikan. Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, ini termasuk masalah kecil perlu diberi tumpuan dan diselesaikan segera kerana tidak mahu memberi kesan dan berlarutan.
Read more:SINARH
2023-09-03 16:13:0

Catat Ulasan

0 Ulasan