Search

header ads

[SINARH] Wanita dua suami: Mahkamah tetapkan 8 Oktober ini sumpah laknat



TANAH MERAH - Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, di sini pada Rabu menetapkan 8 Oktober ini sebagai tarikh untuk seorang peniaga melakukan sumpah laknat bagi menafikan lafaz cerai ke atas isteri keduanya yang didakwa mempunyai dua suami. Hakim Ahmad Hariri Mohd Saad membuat penetapan itu terhadap Rahaman K A Mohamed Jaafar, 47, yang juga defendan bagi kes pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh plaintif, Wan Nor Shakirin Wan Abdul Razak, 32. Mahkamah menetapkan sumpah tersebut selepas mendapati keterangan Wan Nor Shakirin tidak kukuh. Wan Nor Shakirin sebelum itu memberitahu mahkamah, Rahaman sudah melafazkan cerai talak tiga ke atasnya namun Rahaman menafikan perkara itu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 2 Januari 2019 di Narathiwat, Thailand dan disahkan mengikut hukum syarak oleh mahkamah tersebut pada 6 Jun lalu serta didaftarkan di Pejabat Agama Jajahan Tanah Merah. Rahaman bagaimanapun mendapat maklumat dari pihak Pejabat Agama Shah Alam, Putrajaya bahawa Wan Nor Shakirin sudah berkahwin lagi dengan seorang lelaki lain iaitu Mohd Kamarulazhar Ayob, 42. Susulan itu, Rahaman melalui peguam syarie, Marzuqi Muhamad pada 5 Julai lalu memfailkan tuntutan faraq (pemisahan atau pembubaran) nikah terhadap perkahwinan antara Wan Nor Shakirin dan Mohd Kamarulazhar di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. Bagi kes itu, pada 7 Ogos lalu, mahkamah memutuskan perintah faraq nikah sementara terhadap perkahwinan Wan Nor Shakirin dan Mohd Kamarulazhar sehingga kes pengesahan lafaz cerai antara Wan Nor Shakirin serta Rahaman selesai sebelum meneruskan semula kes tuntutan faraq nikah berkenaan.
Read more:SINARH
2023-09-13 14:2:0

Catat Ulasan

0 Ulasan