Search

header ads

[SINARH] FAM denda Selangor FC RM23,000



SELANGOR FC menerima padah apabila didenda oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas didapati bersalah atas tiga insiden semasa perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023 menentang Terengganu FC di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 24 September lalu. FAM dalam satu kenyataan berkata, Selangor bersalah melanggar Artikel 53, Artikel 70, perenggan 1 dan Artikel 68 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 69 Kod Tatatertib FAM. "Pertuduhan pertama insiden cermin belakang kereta pegawai perlawanan pecah kerana dilontar dengan sebiji batu semasa diletakkan di kawasan parkir berhadapan pentas utama stadium. "Selain itu, satu insiden baling botol air yang datang dari kawasan tempat duduk penonton ke arah pegawai pertandingan (pertuduhan kedua). "Selangor didapati gagal untuk mematuhi obligasi penganjuran sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini itu berlaku selain insiden baling botol oleh pegawai Selangor FC ke arah kumpulan pengadil di dalam terowong semasa bergerak ke bilik persalinan dan gagal memastikan keselamatan kumpulan pengadil selepas perlawanan (pertuduhan ketiga)," kata kenyataan itu. Justeru, FAM telah mendenda Selangor FC sebanyak RM23,000 bagi kesemua pertuduhan tersebut. "Selangor FC didenda RM10,000 bagi pertuduhan pertama, RM3,000 bagi pertuduhan kedua dan RM10,000 bagi pertuduhan ketiga serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. "Keputusan ini tidak boleh dirayu," kata kenyataan itu lagi.
Read more:SINARH
2023-11-20 15:48:0

Catat Ulasan

0 Ulasan