Search

header ads

[SINARH] Harga petrol RON97, RON95, diesel kekal hingga 22 November



KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal, masing-masing pada RM3.47, RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 November ini. Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan harga itu berasaskan kepada harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM). "Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa," menurut MOF. Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara. - Bernama
Read more:SINARH
2023-11-15 17:43:0

Catat Ulasan

0 Ulasan