Search

header ads

[SINARH] Lelaki Botak Terseksi Dunia 2023 milik Putera William, Vil Diesel tempat kedua



PUTERA William dinamakan sebagai Lelaki Botak Terseksi Dunia untuk tahun 2023. Pengiktirafan tersebut dibuat menerusi satu tinjauan yang diambil dari pencarian di Google. Pihak agensi pemasaran Reboot yang menjalankan tinjauan itu menampilkan carta mengenai pencarian tentang Putera William termasuk dikaitkan dengan perkataan tanpa pakaian. Tinjauan tersebut juga mengambil kira tentang pencarian tinggi, aset dan 'betapa bersinar' kepala botak para lelaki yang akhirnya dikira sebagai seksi. William menduduki tangga teratas dengan skor 9.88 daripada 10 diikuti aktor, Vin Diesel dan Jason Statham di tempat ketiga. Ketiga-tiga 'pemenang' ini ditentukan dengan faktor 'kilauan' pada kepala mereka. Turut berada dalam carta 10 lelaki botak terseksi dunia 2023 adalah Samuel L. Jackson, Dwayne Johnson dan Shaquille O'Neal. Berikut kedudukan 10 Lelaki Botak Terseksi Dunia 2023: 1. Putera William – 9.88 2. Vin Diesel – 8.81 3. Jason Statham – 8.51 4. Samuel L. Jackson – 7.31 5. Jeff Bezos – 7.12 6. Michael Jordan – 7.95 7. Dwayne Johnson – 6.90 8. Shemar Moore – 6.75 9. Shaquille O'Neal – 6.50 10. Terry Crews – 6.32
Read more:SINARH
2023-11-19 8:38:0

Catat Ulasan

0 Ulasan