Search

header ads

[SINARH] Maklum balas pengurusan Covid-19 kepada PAC dijangka Disember - KKM



PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempersiapkan laporan dan maklum balas bagi diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung laporan pengurusan wabak Covid-19 termasuk berkaitan isu ventilator. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, pihaknya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada PAC sebelum ini untuk menyediakan maklumat yang diperlukan. Jelas beliau, pihaknya yakin maklum balas yang sedang disiapkan itu dapat diserahkan pada Disember seperti yang diminta oleh PAC. "KKM telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PAC berhubung maklumat yang diperlukan. "Sekiranya ada perkara lain yang diminta atau diperlukan oleh PAC, kami bersedia memberi maklumat yang dikehendaki itu," katanya dalam sidang akhbar pada Rabu. Beliau berkata demikian sempena sambutan Hari Integriti Kementerian Kesihatan Malaysia 2023 dengan tema 'Integriti Citra, Malaysia Madani'. Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya. Terdahulu, Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta KKM menjawab syor berkenaan laporan pengurusan wabak Covid-19 termasuk berkaitan isu ventilator. Pada 30 Oktober lalu, PAC telah membentangkan laporan pengurusan wabak Covid-19 membabitkan vaksin luput tempoh hayat, peralatan ventilator tidak dapat digunakan serta lebihan peralatan perlindungan diri (PPE). PAC mendedahkan pembelian 104 unit ventilator yang gagal berfungsi dibuat sewaktu Datuk Seri Dr Adham Baba berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan. Dalam pada itu, Zaliha berkata, KKM berjaya membaik pulih 511 klinik kesihatan dengan peruntukan sebanyak RM111 juta, meskipun sasaran awal hanya melibatkan 436 klinik. Katanya, perkara itu dapat dicapai melalui kawalan kepada isu ketirisan, penjimatan serta tata kelola baik. Sehubungan itu menurutnya, sejumlah 75 buah klinik berjaya ditambah dan mendapat manfaat daripada peruntukan yang disediakan. "Proses membaik pulih kesemua klinik ini dijangka dapat diselesaikan pada tahun ini dengan bajet yang sama," ujarnya.
Read more:SINARH
2023-11-15 14:15:0

Catat Ulasan

0 Ulasan