Search

header ads

[SINARH] Masalah besar jika City disingkirkan



MANCHESTER City hampir pasti akan disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) jika mereka didapati bersalah atas 115 pertuduhan melanggar peraturan kewangan yang dikenakan terhadap mereka oleh Liga Perdana, menurut pakar kewangan bola sepak. Sebanyak 115 pertuduhan dikenakan terhadap City oleh Liga Perdana pada Februari kembali menjadi perhatian selepas satu lagi kelab EPL, Everton ditolak 10 mata kerana didapati bersalah dalam peraturan kewangan Liga Perdana itu. Pada Februari lalu, Liga Perdana mengeluarkan kenyataan di laman sesawangnya yang mengumumkan Man City - yang telah memenangi EPL tujuh kali sejak 2011 telah dirujuk kepada suruhanjaya bebas berkenaan dengan beberapa siri dakwaan pelanggaran peraturan berkaitan kewangan kelab. City mengeluarkan kenyataan yang menyatakan terkejut dengan pengumuman dakwaan pelanggaran peraturan tersebut selain menegaskan kelab itu mempunyai bukti untuk menyokong kedudukan kewangan mereka. Pakar kewangan bola sepak Stefan Borson yang sebelum ini menjadi penasihat di City mendakwa sekiranya berlaku penyingkiran akan menjadi masalah yang cukup besar. Borson memberitahu The Sun: "Terdapat terlalu banyak perkara yang mungkin berlaku jika City didapati bersalah. Ia akan menjadi sangat serius. "Ia akan bertukar menjadi cerita yang sangat besar bukan sahaja berkenaan bola sepak tetapi lebih luas daripada itu. "Maka banyak pihak akan terlibat. Ia akan menjadi situasi yang sangat meletup. "Dari perspektif bola sepak, adalah mustahil untuk berfikir City tidak akan disingkirkan jika semua perkara ini didapati tidak menyebelahi mereka. "Perbicaraan mungkin pada tahun depan dan Liga Perdana pasti akan bimbang tentang apa yang mereka akan lakukan jika City didapati bersalah," katanya.
Read more:SINARH
2023-11-20 11:12:0

Catat Ulasan

0 Ulasan