Search

header ads

[SINARH] Nasihat otai buat Tze Yong



NG Tze Yong perlu menggunakan baki dua saingan Master Jepun dan Kejohanan Antarabangsa Syed Modi di India untuk mengutip sebanyak mungkin mata bagi meraih slot ke Jelajah Dunia Akhir bulan depan, selain mengumpul mata ke Sukan Olimpik Paris 2024. Itu nasihat legenda badminton, Roslin Hashim kepada pemain perseorangan lelaki negara itu menjelang pusingan pertama Masters Jepun selepas pemain berusia 23 tahun tersebut ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan kedua Terbuka Hylo pada 2 November lalu. Malah menurut Roslin, pemain ranking 15 dunia itu perlu bangkit lebih bertenaga dalam Masters Jepun berstatus Super 500 di Gimnasium Wilayah Kumamoto tersebut. "Bagi saya, aspek taktikal Tze Yong ok cuma stamina dia sahaja yang memerlukan penambahbaikan menerusi latihan. "Selain itu, tampilkan aksi lebih bijaksana apabila berdepan lawan yang berada di kedudukan ranking bawah. "Kebiasaannya dia kerap melakukan kejutan ke atas lawan, sebaliknya yang berlaku di Terbuka Hylo sebelum ini situasi sebegini perlu dielakkan," katanya kepada Sukan Sinar pada Selasa. Di Terbuka Hylo sebelum ini, Tze Yong yang merupakan pilihan keempat tewas kepada pemain nombor 46 dunia dari Republik Czech, Jan Louda, 10-21, 7-21. Tze Yong akan menyingkap saingan Masters Jepun menentang pemain Taiwan, Wang Tzu Wei di pusingan pertama. Sebagai rekod, ini merupakan pertemuan kedua mereka yang sebelum ini dimenangi Tzu Wei 21-12, 13-21, 21-19 pada Terbuka Thailand 2022.
Read more:SINARH
2023-11-15 7:50:0

Catat Ulasan

0 Ulasan