Search

header ads

[SINARH] Polis siasat tuduhan terhadap Farhash - KPN



SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berkaitan dakwaan melibatkan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Datuk Farhash Wafa Salvador yang dituduh menjadi individu bertanggungjawab menarik sokongan beberapa ahli Parlimen pembangkang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh bekas Pengerusi PKR Perak itu. "Siasatan sudah dimulakan dan dijalankan secara lanjut setakat ini. "Kes ini disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya pada Jumaat. Selasa lalu, Farhash memaklumkan akan membuat laporan polis dan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. Beliau berkata, tindakan itu diambil susulan tuduhan Wan Ahmad Fayhsal kononnya beliau antara dua individu yang bertanggungjawab menarik sokongan beberapa wakil rakyat pembangkang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui sogokan. Jelasnya, beliau tidak memahami tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang melontarkan fitnah dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dan kehormatan demi kepentingan politik. Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini mendakwa Farhash dan seorang lagi individu dikenali sebagai "Datuk Botak" adalah individu dalam satu video yang tersebar di media sosial baru-baru ini. Ini berikutan tindakan empat ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada kerajaan dengan alasan untuk mendapatkan peruntukan untuk kawasan mereka.
Read more:SINARH
2023-11-17 17:18:0

Catat Ulasan

0 Ulasan