Search

header ads

[SINARH] Siasat ketulenan video Agus, Abdul Wahab - Armada Bersatu



KUALA LUMPUR - Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membuat laporan polis berhubung video tular perbualan lucah yang dikaitkan dengan dua individu termasuk Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff. Penolong Setiausaha Armada Bersatu, Muhammad Faiz Rahmad berkata, pihaknya mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung kes tersebut berdasarkan rasa tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Beliau berkata, tidak mengira siapa pun yang terlibat dalam kes tersebut, satu siasatan telus perlu dilakukan bagi memastikan kebenaran dapat ditegakkan. "Armada Bersatu mahu perkara ini dapat disiasat secara teliti dan telus kerana ia melibatkan satu jawatan yang 'bukan kecik anak'. "Individu yang dikaitkan dengan video tular tersebut merupakan orang yang dekat dengan barisan kepimpinan negara dan mempunyai tugas yang sangat penting. "Oleh itu, satu laporan polis perlu dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan tugas menyiasat," katanya. Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dekat sini pada Sabtu. Kes tersebut turut melibatkan Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani. Abdul Wahab mendakwa beliau diarahkan oleh seorang individu berjawatan tinggi dikenali Mr H untuk merakam satu klip video bagi memerangkap bekas Ketua Pengarah J-KOM, Mohammad Agus. Mengulas lanjut, Muhammad Faiz, laporan polis yang dibuat bertujuan agar pihak berkuasa dapat menyiasat dan memastikan kebenaran atau ketulenan video tular tersebut, selain mahu perkara seumpama itu tidak terus berlaku. Jelasnya, ramai pihak membuat andaian bahawa tindakan Mohammad Agus meletakkan jawatan selepas tidak lama video kelucahan itu tersebar seakan-seakan bukan satu 'insiden' yang tidak disengajakan. "Oleh itu, kita sebagai rakyat mahukan satu pengesahan berhubung ketulenan video tular yang dipercayai melibatkan Mohammad Agus itu daripada pihak berkuasa. "Apabila siasatan penuh dapat dijalankan oleh pihak berkuasa, ia dilihat akan dapat mengelakkan sebarang andaian atau spekulasi berpanjangan daripada masyarakat," ujarnya.
Read more:SINARH
2023-11-18 16:38:0

Catat Ulasan

0 Ulasan