Search

header ads

[SINARH] SMK Meru lepasi ranjau SMK Seksyen 9



SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Meru menyingkap tirai kempen Kejohanan Bolasepak Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 15 Tahun (B-15) 2023 dengan langkah kanan apabila mengatasi SMK Seksyen 9, dalam perlawanan Kumpulan H di padang JSA Arena Setia Alam, Shah Alam. Bagaimanapun anak buah skuad kendalian Mat Hassan Mat Rofi itu dipaksa bergelut ketinggalan satu gol separuh masa pertama sebelum bangkit babak kedua untuk meraih tiga mata pertama dalam kumpulan yang turut diundi bersama SMK Putra Perdana dan SMK Dato' Harun. "Secara keseluruhan kami berpuas hati dengan persembahan dipamerkan pemain-pemain SMK Meru walaupun pemain-pemain agak gemuruh untuk mendapatkan rentak permainan pada minit-minit awal perlawanan. "Ini mengundang kepada berlakunya kesilapan mudah yang akhirnya dimanfaatkan sepenuhnya SMK Seksyen 9 untuk mengejutkan SMK Meru, dengan gol awal," katanya kepada Sukan Sinar. SMK Seksyen 9 terlebih dulu memimpin perlawanan pada minit ke-11, sebelum jaringan Ariff Danial (m-36) dan Amirul Haziq (m-57) memastikan tiga mata buat pasukan mereka. Bagaimanapun jelas Mat Hassan, ketinggalan satu gol kepada lawan dari Shah Alam itu tidak menjejaskan tumpuan pasukannya. "Tersentak dengan gol lawan, kita cuba kembali bangkit namun gagal menjaringkan gol pada separuh masa pertama. "Separuh masa kedua, kita tingkatkan lagi intensiti serangan dan hasilnya kita dapat kembali bangkit dengan dua jaringan seterusnya memastikan tiga mata berharga," katanya. Mengulas lanjut, Mat Hassan mengakui tiga mata dalam perlawanan itu penting bagi mencerahkan laluan pasukan ke peringkat kalah mati. "Kami diundi dalam kumpulan maut yang terdiri dari tiga pasukan juara dalam kejohanan peringkat daerah masing-masing, SMK Dato' Harun juara Kuala Selangor, SMK Putra Perdana juara Sepang dan SMK Meru juara Klang. "Jadi adalah penting untuk SMK Meru mengutip keputusan positif dalam perlawanan menentang SMK Seksyen 9, selain kita tidak boleh tercicir mata untuk layak ke peringkat seterusnya," katanya. Mengulas persediaan berdepan SMK Dato' Harun pada Isnin, Mat Hassan berkata," Persediaan untuk perlawanan seterusnya barisan kejurulatihan yang dibantu oleh coach Azhar Nordin, cikgu Sabri Jaafar, cikgu Nazreen Naim akan cuba perbaiki lagi corak permainan terutama semasa bertahan agar dapat mengelak daripada dibolosi pihak lawan." SMK Meru akan bertandang ke Stadium Kuala Selangor berdepan SMK Dato' Harun manakala satu lagi perlawanan SMK Seksyen 9 melayan kunjungan SMK Putra Perdana di padang Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 9, Shah Alam. Piala Dato' Mokhtar Dahari B-15 Keputusan KUMPULAN A & B SMK Shah Alam 5-0 SMK Sultan Abdul Samad SMK Taman Ehsan 0-3 SMK Seksyen 7 Shah Alam SMK Bandar Tasik Kesuma 0-0 SMK Tengku Ampuan Jemaah SMK Sultan Abdul Samad 3-2 SMK Bandar Rinching SMK Tengku Idris Shah 0-6 SMK Shah Alam SMK Seksyen 7 Shah Alam 1-0 SMK Bandar Kesuma SBPI Sabak Bernam 1-2 SMK Bukit Sentosa SMK Bandar Baru Sungai Buloh 2-3 SMK USJ 4 SMK Seri Sepang 1-0 SMK Seksyen 10 Kota Damansara SMK Bandar Saujana Putra 1-0 SMK Saujana Utama KUMPULAN C & D SMK USJ 4 5-1 SBPI Sabak Bernam SMK Bukit Sentosa 0-0 SMK Bandar Baru Sungai Buloh SMK Saujana Utama 3-1 SMK Seri Sepang SMK Seksyen 10 Kota Damansara 1-3 SMK Bandar Saujana Putra KUMPULAN E & F SMK Bandar Baru Bangi 0-4 SMK Seksyen Sebelas, U14 SMK Kelana Jaya 1-5 SMK Telok Panglima Garang MRSM Sungai Besar 3-1 SBPI Rawang SMK Pengkalan Permatang 0-3 SMK Syed Mahsyor KUMPULAN G & H SMK Puchong Utama (1) 1-1 SMK Taman Tasik SMK Darul Ehsan 1-0 SMK Sungai Kapar Indah SMK Meru 2-1 SMK Seksyen 9 SMK Putra Perdana 1-1 SMK Dato' Harun
Read more:SINARH
2023-11-20 7:46:0

Catat Ulasan

0 Ulasan