Search

header ads

[SINARH] ‘SOP belum siap tapi REE telah diusahakan’ - Saifuddin



SHAH ALAM - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertikaikan proses kegiatan perlombongan unsur nadi bumi (REE) yang dikatakan telah diusahakan sedangkan prosedur operasi standard (SOP) masih dirangka. Bagaimanapun, beliau berkata, mahkamah akan membuat keputusan dalam menentukan nasib dua bekas pegawai kanan kerajaan negeri di bawah pentadbiran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. "Akhirnya dua orang dituduh di mahkamah hari ini. Bekas Setiausaha Politik MB Kedah (Mohamad Hilmi Abdul Wahab) dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah (Muhamad Sobri Osman). "Kita tunggu mahkamah buat keputusan. Tertuduh dah dibacakan pertuduhan, diberi peluang diwakili peguam ada pendakwa dan hakim," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook pada Isnin. Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Mohamad Hilmi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan REE di negeri Kedah pada Julai lalu. Bagaimanapun, Mohamad Hilmi, 50, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Sementara itu, Mohd Sobri, 63, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar bagi berdepan dua pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM4 juta dan menerima suapan sebanyak RM1 juta pertengahan tahun ini. Tertuduh, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut yang dibacakan jurubahasa di depan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.
Read more:SINARH
2023-11-21 0:22:0

Catat Ulasan

0 Ulasan