Search

header ads

[SINARH] Pengarah syarikat ditahan bantu siasatan kes tipu pelaburan RM11 juta



ALOR SETAR - Seorang pengarah syarikat ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan lebih RM11 juta sejak beberapa tahun lalu. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Syed Basri Syed Ali berkata, suspek berusia 57 tahun itu ditahan semasa hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada jam 4.30 petang Isnin. Menurutnya, pengarah syarikat pelaburan itu dipercayai memiliki sembilan cawangan antaranya di Perlis, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak dan Melaka. "Bagaimanapun, semakan mendapati syarikat tersebut tidak memiliki sebarang kebenaran atau kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya pada Selasa. Media sebelum ini melaporkan, seramai 80 mangsa penipuan skim pelaburan menggesa pihak polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah syarikat pelaburan kerana memperdaya dan menyebabkan mereka mengalami kerugian lebih RM11 juta. Kesemua mangsa hadir mengadakan pertemuan tertutup bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berhubung kes tersebut. Ramli mengesahkan bahawa pihak polis telah menerima lebih 80 laporan berhubung perkara berkenaan. Mengulas lanjut Syed Basri berkata, siasatan kini masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.
Read more:SINARH
2023-12-05 11:57:0

Catat Ulasan

0 Ulasan