Search

header ads

[SINARH] 2024 fokus pembangunan ekonomi, Malaysia kembali disegani - Anwar



KUALA LUMPUR - Pembangunan ekonomi dan menggalakkan pelaburan menjadi fokus kerajaan Madani dalam mengembalikan status Malaysia sebagai sebuah negara disegani, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, bagi merealisasikannya, Kabinet telah menetapkan beberapa perkara dalam aspek pembangunan ekonomi untuk diberi penekanan dan dilaksanakan pada tahun ini termasuk meningkatkan pelaburan dan mengembangkan keupayaan negara dalam semua bidang seperti pendidikan, kesihatan dan kebudayaan. "Dengan kestabilan politik dan kerajaan Madani yang kukuh, kita mesti menumpukan kepada pembangunan ekonomi, meningkatkan pelaburan dan mengembangkan keupayaan kita dalam semua bidang. "Bagi 2024 ini, Kabinet sangat fokus untuk memastikan semua tumpuan itu dilaksanakan agar Malaysia kembali menjadi negara yang hebat dan disegani di rantau ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di dewan KLSCAH di sini pada Sabtu. Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Presiden KLSCAH, Ngan Teng Ye dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing. AKAN MENYUSUL
Read more:SINARH
2024-02-10 14:5:0

Catat Ulasan

0 Ulasan