Search

header ads

[SINARH] Budak perempuan dakwa dirogol pelajar Tingkatan Tiga



JASIN - Seorang budak perempuan berusia 12 tahun dipercayai dirogol kenalannya yang juga pelajar Tingkatan Tiga di sebuah rumah di Bemban, di sini, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian dipercayai berlaku pada jam 4 petang. Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 43 tahun membuat laporan polis pada awal pagi Isnin. Katanya, perbuatan suspek terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum suspek menyerah diri di Balai Polis Jasin pada jam 4 pagi hari yang sama selepas mengetahui ibu mangsa membuat laporan polis. "Ketika mangsa berada di rumah itu suspek didakwa telah melakukan amang seksual fizikal dan merogol mangsa. "Siasatan juga mendapati suspek pernah melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak yang sama di sebuah rumah di Bemban sekitar jam 4 petang pada pertengahan tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin. Jelasnya, dua hari selepas kejadian dirogol, suspek mengambil mangsa di rumah datuknya di Bemban pada jam 5 pagi dan membawa ke rumahnya di Chohong. Suspek kemudian melakukan amang seksual fizikal terhadap murid sekolah itu," katanya. Tambahnya, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 11 Februari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Read more:SINARH
2024-02-05 20:14:0

Catat Ulasan

0 Ulasan