Search

header ads

[SINARH] ‘Bukan saya yang risik jawatan’ - Hamzah



KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menafikan dirinya adalah pemimpin utama Bersatu yang didakwa 'merisik jawatan' menerusi rundingan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Menteri (PMO). Ketua pembangkang itu berkata, identiti pemimpin yang dimaksudkan dalam laporan sebuah portal berita kononnya mengaitkan dirinya dan pemimpin lain di dalam PN juga tidak jelas. "Siapa dia (pemimpin Bersatu yang berjumpa Anwar), mana saya tahu. Saya tak pernah berjumpa Anwar Ibrahim (untuk berbincang) semenjak dia menjadi Perdana Menteri (tetapi) terjumpa di Parlimen itu memang ada," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Ketua-Ketua Jawatankuasa Portfolio Dewan Rakyat Ke15 PN, di ibu pejabat PN, di sini pada Khamis. Hamzah berkata, dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, baru-baru ini, pemimpin lain dalam parti itu juga menafikan jika mereka ada bertemu dengan Anwar berhubung dakwaan merisik jawatan seperti digemburkan. "Semua mereka dituduh (berjumpa Anwar untuk merisik jawatan) itu telah bersumpah tidak berjumpa Anwar Ibrahim," tegasnya. Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan, seorang pemimpin utama Bersatu sering kelihatan di PMO dipercayai melakukan rundingan demi 'survival' beberapa pemimpin tertentu sehingga pilihan raya parti. Laporan itu melaporkan, sumber yang enggan dinamakan mendakwa pemimpin Bersatu berkenaan berjanji akan memberikan lebih banyak sokongan Ahli Parlimen Bersatu kepada kerajaan dan lebih ramai wakil rakyat daripada parti itu dijangka isytihar sokongan kepada Anwar. Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai adalah pembangkang akan menyertai Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) turun ke jalanan kerana menyifatkan kerajaan tidak menghiraukan harapan rakyat, Hamzah berkata, pihaknya tidak menerima sebarang jemputan daripada pihak terbabit. Bagaimanapun, jika menerima jemputan untuk menyertai pihak berkenaan, katanya, mereka perlu mengutamakan kepentingan parti dahulu. sidang akhbar pada Rabu, Pengerusi Bersih, Muhammad Faisal Abd Aziz berkata (Bersih) tidak teragak-agak untuk menggerakkan rakyat turun semula ke jalanan jika agenda Reformasi 100 peratus yang dituntut tidak dilayan oleh kerajaan.
Read more:SINARH
2024-02-08 18:42:0

Catat Ulasan

0 Ulasan