Search

header ads

[SINARH] KP J-Kom, hanya khabar angin - Mohd Khairuddin



SHAH ALAM - Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Selangor, Mohd Khairuddin Othman mengesahkan tidak menerima sebarang surat rasmi berhubung tawaran jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom). Mohd Khairuddin berkata, berita mengaitkan beliau bakal menggantikan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dianggap hanya khabar angin. Beliau berkata, tiada pengumuman dibuat setakat ini dan meminta perkara itu disahkan sendiri Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. "Saya dengar banyak nama yang naik. Saya tak pasti siapa yang bakal diumumkan nanti. "Setakat ini saya tak terima surat rasmi jadi mungkin sekadar khabar angin, " katanya kepada Sinar Harian pada Selasa. Mohd Khairuddin berkata demikian sebagai mengulas berkenaan penularan berita di media sosial mendakwa beliau dilantik sebagai KP JKOM yang baharu. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras dan pernah menyandang Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Selangor. Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor Ogos tahun lalu menyaksikan Mohd Khairuddin tewas kepada Datuk Dr Ab Halim Tamuri (Pas) dengan majoriti 1,986 undi. Dalam pada itu Mohd Khairuddin berkata, beliau bersedia menimbangkan sebarang tawaran mengikut kesesuaian. "Saya kena tengok jawatan yang ditawarkan dahulu sebelum pertimbangkan. "Buat masa ini saya baru selesai pengajian doktor falsafah (PhD) Media and Information Warfare (UiTM) dan sedang menyambung PhD kedua dalam Pengajian Polisi (Sains Sosial) di Universiti Sains Malaysia (USM)," katanya. November tahun lalu, Mohammad Agus meletak jawatan Ketua Pengarah J-Kom kerana menerima tawaran kerja baharu. Susulan itu, Fahmi memaklumkan jawatan itu akan diisi secepat mungkin namun tiada pengumuman pengganti Mohammad Agus dibuat sehingga kini.
Read more:SINARH
2024-02-13 19:8:0

Catat Ulasan

0 Ulasan