Search

header ads

[SINARH] Lelaki hilang dikhuatiri dibaham buaya



KINABATANGAN - Seorang lelaki warga asing hilang dikhuatiri dibaham buaya dalam kejadian di Sungai Koyah, berhampiran sebuah ladang di Kampung Paris 2, di sini pada Rabu. Kehilangan mangsa dikenali sebagai Roberto Martinu, 48, itu segera dilaporkan kepada pihak bomba untuk mendapatkan bantuan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalluddin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada pihak polis pada jam 6.39 pagi. "Seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kehilangan mangsa. "Setakat ini hanya identiti mangsa baru diketahui dan usaha mengumpulkan maklumat sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu. Nurul Azlan berkata, maklumat terkini mengenai kejadian itu akan dikemas kini dari masa ke masa.
Read more:SINARH
2024-02-07 13:27:0

Catat Ulasan

0 Ulasan