Search

header ads

[SINARH] Nombor pendaftaran paling banyak disaman dalam Op Samseng Jalanan



KUANTAN - Saman nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan paling banyak dikeluarkan dalam Op Samseng Jalanan di dua lokasi berasingan, di sini pada Ahad malam. Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya mengeluarkan keseluruhannya 301 saman selepas memeriksa 80 kenderaan. "Kesalahan membabitkan nombor pendaftaran antara tertinggi, 70 saman, diikuti cermin sisi (47), lesen (46), ubah suai kenderaan (36), ekzos (31) dan lain-lain 71 saman. "Sebanyak 12 motosikal atas kesalahan ubah suai struktur kenderaan disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Beliau memaklumkan operasi diadakan di Tanjung Lumpur berhadapan Petronas dan Jalan Taman Tas Kuantan dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, pada jam 4 petang hingga 11 malam. Jelasnya, ia diketuai oleh Inspektor Faizal Basri bersama tujuh anggota Polis Peronda Lebuh Raya (HMPV) BSPTD Kuantan.
Read more:SINARH
2024-02-12 9:12:0

Catat Ulasan

0 Ulasan