Search

header ads

[SINARH] Pemilik stesen minyak tak mengaku jual diesel melebihi had dibenarkan



SEREMBAN - Pemilik sebuah stesen minyak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan menjual diesel bersubsidi melebihi had yang dibenarkan kepada dua pemandu lori pada tahun lalu. Orang Kena Saman (OKS), Halil Sharizam Ahmad Shairuzi, 52, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mazni Nawi selepas kertas pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, OKS sebagai pemilik dan pemegang lesen sebuah stesen minyak di Mukim Rasah, Jalan Rasah di Seremban telah membenarkan penjualan barang berjadual minyak diesel iaitu sebanyak 1,013 liter dan 507 liter kepada dua buah lori berasingan pada 5 Mei 2023 jam lebih kurang 7.30 petang. Berikutan itu tertuduh didapati telah gagal mematuhi arahan Pengawal Bekalan Malaysia seperti mana di dalam Surat Arahan Larangan Dan Kawalan Ke Atas Penjualan Petrol Dan Diesel oleh Pemegang Lesen Runcit Bagi Pengusaha Stesen Minyak di Seluruh Negara bertarikh 17 Jun 2022. Ini kerana stesen minyak di seluruh negara hanya dibenarkan menjual diesel kepada kenderaan nombor pendaftaran Malaysia tidak lebih daripada 250 liter dengan sekali transaksi sahaja dalam sehari ke dalam tangki asal kenderaan yang mana telah melanggar Peraturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. Berikutan itu tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 21 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dibaca bersama Seksyen 22 (4) Akta Kawalan Bekalan 1961, dan boleh dihukum di bawah seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961. Sabit kesalahan di bawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961, mana-mana orang, selain suatu pertubuhan perbadanan, tetapi termasuk seseorang pengarah atau pegawai suatu pertubuhan perbadanan yang melakukan suatu kesalahan terhadap akta tersebut boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Selain itu, dua pemandu lori mengaku tidak bersalah di mahkamah sama atas pertuduhan memiliki barang kawalan minyak diesel di dalam lorinya yang boleh menimbulkan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan minyak diesel tersebut secara runcit atau borong tanpa lesen. G Gengaderan, 52, didapati memiliki 1,013 liter diesel manakala Y R Mathuraiviran, 47, pula memiliki 507 liter diesel pada tarikh dan waktu sama di stesen minyak milik Halil Sharizam. Oleh demikian OKS telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama. Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Mohd Sophian Zakaria menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap tertuduh dengan alasan kes tersebut merupakan kesalahan serius ditambah pula hukuman maksimum ialah sehingga RM1 juta atau penjara tiga tahun. Peguam Rosmira Embong yang mewakili kesemua tertuduh merayu jaminan rendah dapat diberikan kepada anak guamnya. "Halil Sharizam merupakan penanggung tunggal keluarga dan menghidap penyakit diabetes serta 'slip disc' selain kini menghadapi masalah kewangan. "Gengaderan dan Mathuraiviran pula tidak lagi mempunyai pendapatan kerana tidak bekerja sejak terlibat dalam kes tersebut selain mempunyai tanggungan," katanya. Mahkamah kemudian menetapkan jaminan setiap tertuduh RM3,000 dan sebutan semula kes 13 Mac untuk serahan dokumen.
Read more:SINARH
2024-02-07 12:23:0

Catat Ulasan

0 Ulasan