Search

header ads

[SINARH] Polis pantau 10 pangkalan haram aktif di Tanah Merah



TANAH MERAH - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah menegaskan pihaknya mengawal ketat 10 pangkalan haram yang aktif dengan aktiviti penyeludupan di sepanjang Sungai Golok di sini. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, langkah itu bertujuan mengekang aktiviti penyeludupan terutamanya melibatkan pendatang asing tanpa izin (PATI), dadah dan sebagainya. Menurut beliau, ia melibatkan kawasan seluas 18 kilometer bermula dari Lalang Pepuyu hingga Ayer Lanas. "Pada masa sama, pihak kami mengesan terdapat lebih 24 pangkalan haram di kawasan berkenaan, bagaimanapun yang aktif hanyalah 10. "Kesemua kawasan ini melibatkan kawalan tiga balai polis iaitu Lalang Pepuyu, Nibong dan Bukit Bunga," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu. Menurut beliau, kawalan ketat itu dijalankan menerusi rondaan secara berkala yang dilaksanakan oleh anggota bertugas. Ujarnya, IPD Tanah Merah mengambil serius berkait jenayah rentas sempadan yang dibimbangi boleh memberikan impak tidak baik kepada keselamatan negara. Dalam perkembangan lain, Mohd Haki memberitahu, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota atau pegawai yang melanggar integriti pasukan. Menurut beliau, IPD Tanah Merah terbuka menerima sebarang aduan daripada orang ramai berkait dengan anggota atau pegawai yang melanggar peraturan.
Read more:SINARH
2024-02-07 13:24:0

Catat Ulasan

0 Ulasan