TEKA-TEKI mengenai masa depan dua pemain kebangsaan, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid akhirnya terjawab apabila secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC). Perkhabaran gembira skuad Penyu itu dikongsi menerusi laman sosial kelab sebentar tadi. Spekulasi mengenai hala tuju dua sayap lincah itu mula menjadi bualan selepas kurang mendapat minit permainan bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) susulan persaingan sengit kelab Harimau Selatan tersebut. Penampilan dua pemain itu sudah pasti mampu memberi sentuhan berbisa jentera serangan Tomislav Steinbruckner yang sudah pun mengekalkan khidmat penyerang Croatia, Ivan Mamut. Safawi menandatangani kontrak bersama skuad Penyu sebagai pinjaman dari JDT untuk tempoh satu musim bagi saingan Liga Malaysia edisi 2024/2025. Pemain berusia 27 tahun itu akan menyarung jersi bernombor 11.
Read more:SINARH
2024-02-12 12:15:0
0 Ulasan