Search

header ads

[SINARH] Sindiket edar ganja masuk 'jerat' polis



HULU SELANGOR - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis ganja susulan penahanan empat individu di sekitar daerah ini, pada Khamis. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, serbuan ini berjaya membawa rampasan ganja seberat 15.28 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM43,710 selain sitaan kenderaan jenis Proton Persona, Toyota Hilux, motosikal jenis Honda Vario serta wang tunai. "Serbuan pertama babit seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang ditahan di dalam sebuah kereta Proton Persona di parkir sebuah apartment dengan rampasan kira-kira 14kg dadah di dalam kenderaan tersebut. "Penahanan lelaki itu membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki termasuk seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 23 hingga 61 tahun berhampiran sebuah restoran di Bukit Sentosa dengan rampasan 3 gram ganja daripada salah seorang suspek," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor di sini pada Sabtu. Beliau berkata, polis turut menjumpai sepucuk pistol angin dan kelopak peluru. Katanya, soal siasat serta dipandu arah oleh seorang suspek membawa serbuan di sebuah stor di apartment di Bukit Beruntung dan berjaya menemui ketulan mampat daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan berat 1.28kg. Tambahnya, dipercayai dadah ini untuk diedar di sekitar Hulu Selangor. "Ujian air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah. "Kesemua suspek direman tujuh hari sehingga 15 Februari untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Seksyen 6 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," ujarnya.
Read more:SINARH
2024-02-10 12:50:0

Catat Ulasan

0 Ulasan