Search

header ads

[SINARH] UMNO sokong usaha perkasa Mahkamah Syariah



KUALA LUMPUR - UMNO menyokong semua usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah termasuk membabitkan pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung kuasa penggubalan enakmen undang-undang agama Islam. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pihaknya sentiasa berpendirian menyokong segala usaha menjaga kesucian agama Islam di negara ini. "Jika terdapat keperluan melakukan apa-apa pindaan atau reformasi undang-undang, kita akan segera melakukannya. "Kita minta menteri agama, menteri undang-undang dan pihak yang berkaitan untuk melihat sama ada wujud keperluan (pinda undang-undang) ataupun tidak," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Wisma MCA, di sini, pada Sabtu. Hadir sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada Jumaat mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah. Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman selaku pempetisyen bagi mencabar 18 peruntukan enakmen tersebut. Mohamad yang juga Menteri Luar berkata, pindaan undang-undang juga bagi memastikan kes mencabar enakmen itu tidak berulang kerana ia akan mencemarkan sistem kehakiman ataupun perundangan syariah itu sendiri Bagaimanapun, beliau berpendirian, keputusan yang telah dibuat mahkamah tertinggi itu bukan mahu menjejaskan martabat dan kedudukan mahkamah syariah dan agama Islam. Mohamad menegaskan, sebaliknya ia lebih menjurus kepada soal teknikal iaitu negeri-negeri tidak boleh menggubal undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. "Keputusan Kerajaan Kelantan itu adalah merupakan 'ultra vires' (bercanggah) dengan apa yang telah ada di dalam Perlembagaan negara kita. Jadi ia bukannya masalah seperti orang kata 'Black Friday' atau apa. "Jadi di peringkat negeri pula kita mesti faham bahawa negeri tidak boleh buat apa-apa perundangan yang bercanggah ataupun bertindih dengan sedia ada di peringkat Persekutuan," ujarnya.
Read more:SINARH
2024-02-10 12:38:0

Catat Ulasan

0 Ulasan