Search

header ads

[SINARH] Wanita warga emas patah tangan akibat diragut



AMPANG - Seorang wanita warga emas cedera di leher dan patah tangan kanan akibat diragut seorang penunggang motosikal di hadapan sebuah restoran di Taman Muda, di sini, pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian pada jam 5 petang, mangsa berusia 72 tahun mahu ke kedai membeli barang. "Suspek yang menunggang sebuah motosikal telah meragut seutas rantai emas milik mangsa dari arah belakang lalu melarikan diri. "Akibat kejadian itu mangsa telah cedera di leher dan patah tangan kanan kerana terjatuh," katanya dalam kenyataan pada Isnin. Mohd Azam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Read more:SINARH
2024-02-12 14:57:0

Catat Ulasan

0 Ulasan