Search

header ads

[SINARH] AMK aktifkan jentera hadapi PRK Kuala Kubu Baharu



SEREMBAN - Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah mengaktifkan jenteranya bagi memastikan keperluan dan persediaan mencukupi untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu. Ketua AMK, Adam Adli Abd Halim berkata, program-program telah pun disusun terutamanya untuk mendekati golongan muda di kawasan itu. "Kita sudah aktifkan(jentera) terutamanya AMK Selangor. "Insya-ALLAH, kita akan banyakkan program terutamanya mendekati orang muda. "Kita akan melibatkan banyak pihak dan akan pastikan bahawa menjelang PRK ini kita kekalkan prestasi sebelum ini dan membantu calon bertanding sebaik mungkin," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa hadir pada Majlis Iftar Jamaie Perdana AMK di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini pada Jumaat. Sementara itu, ditanya berhubung kemungkinan calon Melayu bakal diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan, beliau memberitahu menyerahkan kepada kepimpinan Pakatan Harapan (PH) untuk berbincang sebaiknya dengan mengambil kira pelbagai faktor. Sebelum ini, media melaporkan kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong selepas penyandangnya, Lee Kee Hiong dari DAP meninggal dunia akibat kanser. Mendiang telah berkhidmat sebagai wakil rakyat di DUN berkenaan sejak tahun 2013. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-03-30 8:4:0

Catat Ulasan

0 Ulasan