Search

header ads

[SINARH] Langkah bijak urus harta melalui hibah



Ramai dalam kalangan kita yang masih keliru ataupun memandang ringan mengenai pengurusan harta. Tahukah anda bahawa perkara yang menyedihkan seperti kemelut harta antara waris dapat dielakkan sekiranya pengurusan harta disediakan sewaktu pemilik harta masih hidup. Oleh itu, sebelum merancang untuk melakukan pengurusan pembahagian harta kepada waris, kita perlu belajar dan memahami dengan jelas mengenai tiga instrumen pengurusan harta – iaitu hibah, wasiat dan faraid. Agama Islam menyarankan pemilik harta untuk membuat perancangan awal dalam melaksanakan hibah dan wasiat sebagai solusi bagi mengelakkan pertikaian dan permasalahan dalam pembahagian harta pusaka. Ikuti bual bicara POV Podcast Sinar Harian dibawakan oleh InsureLit daripada Sun Life Malaysia bersama Ustaz Zahari Mahad Musa, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membincangkan kelebihan dan kepentingan takaful dan hibah dalam pengurusan harta. Memahami konsep hibah, wasiat dan faraid Hibah dari segi bahasa bermaksud pemberi menghadiahkan sesuatu sama ada dalam bentuk harta atau manfaat kepada penerima atas dasar kasih sayang. Dari segi syarak pula bermaksud suatu akad pemberian yang dilakukan oleh seseorang semasa hidupnya tanpa mengharapkan balasan ke atas hartanya. Wasiat pula adalah ikrar seseorang yang dibuat pada masa hayatnya mengenai hartanya atau manfaat hartanya, untuk disempurnakan bagi maksud khairat atau apa-apa maksud lain yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas pemilik meninggal dunia. Wasiat pula digunakan untuk pembahagian harta kepada bukan ahli waris dan terhad kepada 1/3 daripada harta. Manakala, Faraid adalah pembahagian harta yang telah ditetapkan oleh Allah dalam surah An-Nisa (4), ayat 11, 12 dan 176. Pembahagiannya khusus untuk ahli waris pemilik harta sahaja. Perbezaan antara hibah, wasiat dan faraid dalam pengurusan harta Islam Islam berpandangan pemberian hibah sebagai salah satu cara untuk memberikan harta selain daripada kaedah wasiat dan faraid. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa. Ia menjadi solusi kepada pemilik harta untuk memberikan harta lebih daripada satu pertiga jumlah harta kepada bukan ahli waris atau memberikan harta kepada ahli keluarga dengan jumlah yang diinginkan. Misalnya mewariskan harta kepada anak angkat atau ingin memberikan harta kepada isteri melebihi jumlah yang dibenarkan oleh faraid. Hibah dibuat dan dilaksanakan semasa hayat pemilik harta. Bagi wasiat, pemberian hendaklah tidak melebihi satu pertiga daripada harta bersih peninggalan pemilik harta pada waktu kematiannya setelah digunakan untuk belanja pengebumian dan pelunasan hutang-hutangnya. Wasiat dibuat oleh pemilik harta semasa hidupnya, dan dilaksanakan selepas kematiannya. Bagi melaksanakan faraid pula, penerima merupakan ahli waris yang tersenarai dan seorang Muslim. Perlaksanaan pembahagian harta adalah selepas kematian pemilik harta. Makna Hibah melalui takaful Hibah dalam takaful merupakan hibah bersyarat iaitu pemegang kontrak semasa hayatnya menamakan seseorang yang dikehendaki sebagai penerima manfaat takaful selepas kematian pemegang kontrak. Hibah bersyarat mula diperkenalkan dalam industri takaful selepas Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 wujud. Manfaat takaful yang diterima oleh penerima manfaat takaful melalui hibah bersyarat ini adalah bukan sebahagian daripada harta si mati dan tidak tertakluk kepada sebarang hutangnya. Ia merupakan satu elemen penting dalam takaful yang membolehkan pemegang kontrak untuk menentukan bagaimana manfaat takaful akan diagihkan kepada mereka yang dikehendaki. Konsep hibah dalam takaful (Hibah Bersyarat) memberi fleksibiliti kepada pemegang kontrak untuk menentukan siapa penerima manfaat serta jumlah yang akan diterima, tanpa perlu mengikut ketetapan faraid. Ia dianggap sebagai melengkapi faraid yang mana ia membolehkan pemegang kontrak takaful untuk memberi manfaat kepada mereka yang dianggap memerlukan tanpa terikat kepada undang-undang faraid. Dengan menggunakan Hibah Bersyarat, takaful memenuhi keperluan kewangan dan perlindungan pelanggan dengan cara yang sesuai dengan prinsip-prinsip syariah, sambil memberikan lebih banyak pilihan kepada individu untuk menguruskan harta setelah kematian mereka. Ini adalah satu daripada keistimewaan yang ditawarkan oleh pelan takaful dalam memenuhi keperluan masyarakat Muslim yang mengutamakan kepatuhan kepada prinsip-prinsip Islam. Kisah jasa Achik sehingga hujung nyawanya Achik merupakan pemegang kontrak takaful dari Sun Life Malaysia Takaful. Dia memilih ibunya - Puan Zainad, sebagai penerima manfaat takaful melalui Hibah bersyarat dalam sijil takafulnya. Kemudian ditakdirkan Achik meninggal dunia akibat kemalangan pada usia 18 tahun. Setelah kematiannya, Puan Zainad menggunakan manfaat yang diterima daripada Sun Life Malaysia sebagai sumbangan kepada mereka yang lebih memerlukan bagi pihak arwah anaknya. Ini menunjukkan bagaimana konsep takaful memberikan ganjaran pahala berpanjangan dan penerima manfaat dapat memberikan impak yang positif kepada pihak yang lain. Tonton kisah penuh Achik pada pautan ini: KISAH ACHIK Syarikat takaful pertama di Malaysia yang menawarkan e-hibah Sun Life Malaysia merupakan pengendali takaful keluarga pertama yang menawarkan perkhidmatan penamaan hibah secara elektronik atau e-hibah kepada pelanggan melalui platform Pelanggan SunAccess. Kemudahan e-hibah ini memberi fleksibiliti kepada pelanggan untuk merancang pemindahan harta mereka secara dalam talian dan mereka boleh mengubah penamaan pada bila-bila masa mengikut keperluan. Sebagai rakan takaful yang dipercayai, Sun Life Malaysia melindungi perkara yang paling penting bagi pelanggan melalui pelbagai penyelesaian takaful yang diiktiraf. Antara salah satu produk Sun Life Malaysia yang menawarkan Hibah & Wasiat adalah Sun Heritage-i. Produk ini merupakan pelan takaful berkaitan-pelaburan yang menawarkan perlindungan sehingga RM5 juta, tanpa memerlukan pemeriksaan perubatan. Bukan itu sahaja, pelan ini juga menawarkan perlindungan kewangan di mana setiap individu yang mendaftar dengan pelan Sun Heritage-i akan menerima manfaat perancangan harta yang dapat membantu dalam perancangan warisan, seperti penulisan wasiat atau menubuhkan amanah. Selain itu, tempoh pembayaran sumbangan juga fleksibel iaitu selama 6 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau sejajar dengan tempoh kontrak. Jika berlaku kematian kepada individu yang mendaftar dengan pelan ini, ahli keluarganya akan menerima sejumlah wang (tertakluk kepada senario tertentu seperti kemalangan dan sebagainya). Tambahan pula, pelan ini dapat ditingkatkan perlindungannya dengan menambah rider-rider pilihan seperti Heritage CI Care-i, Heritage Term Care-i, Heritage Waiver-i, Heritage Payor Waiver-I yang mempunyai pelbagai manfaat tambahan bagi memenuhi keperluan pelanggan Merapatkan jurang pemahaman takaful dengan inisiatif InsureLit Mengambil inspirasi daripada matlamat syarikat dalam membantu orang ramai mencapai jaminan kewangan sepanjang hayat dan menjalankan kehidupan lebih sihat, Sun Life Malaysia baru-baru ini melancarkan Kempen InsureLit untuk meningkatkan pemahaman masyarakat tentang takaful sepanjang tahun. Kempen ini menggabungkan pelbagai inisiatif pendidikan, secara fizikal dan dalam talian. Antaranya termasuk kempen kesedaran digital dan media sosial, jerayawara, tajaan program kewangan, anugerah celik kewangan yang bertujuan memperkasakan wanita, permainan papan menarik dan program bersama pelajar sekolah rendah, semuanya bertujuan meningkatkan tahap literasi insurans. Untuk maklumat lanjut mengenai Sun Life Malaysia serta pelan-pelan takaful, sila layari https://www.sunlifemalaysia.com. Dan, juga jangan lepaskan peluang untuk terus mengikuti perkembangan terkini kami di platform media sosial Sun Life Malaysia Facebook, Instagram dan TikTok.
Read more:SINARH
2024-03-29 9:30:0

Catat Ulasan

0 Ulasan