Search

header ads

[SINARH] Lelaki ditahan disyaki curi kabel TM



BERA - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki mencuri kabel komunikasi Telekom Malaysia (TM) di kawasan utama Kampung Sri Hamzah, Kemayan dekat sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan kira-kira jam 4.50 pagi di lokasi kejadian. Menurutnya, semasa tangkapan, pihak polis turut merampas satu unit tangga aluminium, sebuah pemotong kabel dan sebatang sepana yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel berkenaan. "Hasil semakan rekod mendapati suspek turut mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah. "Suspek telah dibawa ke Mahkamah Temerloh untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan reman dibenarkan selama empat hari untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Beliau berkata, pihaknya percaya beberapa kes kecurian kabel komunikasi TM yang dilaporkan di daerah Bera sebelum ini berjaya diselesaikan dengan tertangkapnya suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.
Read more:SINARH
2024-03-31 19:5:0

Catat Ulasan

0 Ulasan