Search

header ads

[SINARH] Lelaki Israel ditahan: Tindakan pantas PDRM dipuji



JOHOR BAHRU - Tindakan pantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru di Kuala Lumpur pada Rabu wajar dipuji kerana berjaya mencegah jenayah besar daripada berlaku yang boleh mengancam keselamatan negara.Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ayahanda Malaysia (Masia) Johor, Zamrin Hamzah berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan melibatkan dalang dalam dan luar negara kerana jenayah yang cuba dilakukan lelaki Israel itu amat serius kerana turut membabitkan kedaulatan negara."Daripada apa yang dimaklumkan, lelaki Israel ini menyusup masuk ke negara ini dengan perancangan sangat teliti. Walau apapun syabas kepada PRDM dan apa yang perlu dilakukan ialah tingkatkan keselamatan dan cari semua yang terlibat dengan lelaki ini. "Diharapkan perkembangan ini tidak melemahkan Malaysia untuk terus berani dan lantang bersuara memperjuangkan isu-isu Palestin. Mungkin perkara ini ada kaitan tetapi tiada apa yang dapat menyekat Malaysia untuk terus berjuang bersama Palestin," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Bufet Ramadan 2024 Pertubuhan Kebajikan Sinar Insan Islam Malaysia (Persim) Malaysia Iftar Bersama Anak Yatim dan Penyampaian Watikah Pelantikan di Hotel Trove Johor Bahru di sini pada malam Sabtu.Turut hadir Presiden Persim, Moharam Baharom yang juga Presiden Masia.PDRM menahan lelaki Israel berusia 36 tahun bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, enam senjata api yang ditemui dalam bilik hotel suspek adalah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.Pada Sabtu, Razarudin dilaporkan berkata, sepasang suami isteri warga tempatan berusia 40 dan 42 tahun ditahan di sebuah bazar RAmadan di Kuala Lumpur pada Jumaat kerana disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki Israel tersebut.Turut ditahan seorang lelaki berusia 38 tahun di Cameron Highlands, Pahang yang bertindak sebagai pemandu kepada lelaki Israel tersebut.Hasil soal siasat kata Razarudin, suspek mendakwa dia datang ke negara ini untuk mencari seorang individu yang juga rakyat negaranya untuk dibunuh kononnya berkaitan isu keluarga, namun polis tidak mempercayai dakwaannya itu. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-03-31 11:9:0

Catat Ulasan

0 Ulasan