Search

header ads

[SINARH] Lelaki maut langgar belakang jengkaut



SIBU - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang jengkaut yang diparkir di Kilometer 30, Jalan Nanga Tutus dekat sini, malam Sabtu. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Andy Alie berkata, dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, mangsa Ingkoi Ledom, 58, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu kenderaan jenis Perodua Kenari itu. "Mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sibu di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad. Beliau berkata, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, Sibu dan tiga anggota dari BBP Pusat Sibu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 33 kilometer dari sini. Operasi selesai pada 11.06 malam tadi. - Bernama Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-03-31 11:18:0

Catat Ulasan

0 Ulasan