Search

header ads

[SINARH] Netizen kongsi kisah kena 'scam' nak cium hajarulaswad



SHAH ALAM - Belum reda kisah seorang pempengaruh dan ahli perniagaan yang bersesak bagi mencium hajarulaswad di Mekah, ramai netizen mula berkongsi kisah kena scam apabila ingin melakukan perkara yang sama. Seorang pengguna aplikasi X, Akhtar Muhammed berkata, kejadian tersebut berlaku sewaktu dia menunaikan umrah pada tahun 2007. Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia melakukan tawaf seorang diri selepas Subuh, sebelum didatangi seorang lelaki yang menepuk bahunya daripada belakang. "Pak sudah kucup hajarulaswad? Jom ikut saya," kata lelaki berkenaan sebaik sahaja Akhtar memberitahu dia belum berbuat demikian. Jelas Akhtar, tanpa mengesyaki apa-apa, dia mengekori lelaki berkenaan yang kemudiannya membantu dia agar dapat mengucup hajarulaswad. "Dia tolak orang semua buka laluan bagi aku masuk. Akhirnya, aku pun dapat la cium hajarulaswad. Lepas keluar dari 'crowded', tiba-tiba dia minta upah. Sudah, ini bukan malaikat tapi 'scam'," katanya. Bagaimanapun, Akhtar hanya memberikan 5 riyal kepada lelaki berkenaan memandangkan tidak mempunyai wang. Kisah yang sama turut dikongsi pemilik akaun @liyanaliyana yang memberitahu, rakan jemaahnya mengalami kerugian yang agak besar. "Ada jemaah trip hanya bawa 200 riyal, sekali kena 'paw' 150 riyal sama macam scammer," katanya. Pemegang akaun @MisterSyed pula memberitahu, pernah berdepan dengan dua perempuan dipercayai warga Indonesia membuat perkhidmatan yang sama dan turut menawarkannya kepada jemaah lelaki. Jelasnya, ada ahli rombongan yang menggunakan perkhidmatan mereka dan membayar dengan amaun tertentu.
Read more:SINARH
2024-03-05 12:24:0

Catat Ulasan

0 Ulasan