Search

header ads

[SINARH] Pemain Palestin sertai Kelantan United FC



SOKONGAN rakyat Malaysia antara sebab pemain kelahiran Palestin, Oday Kharoub menyertai Kelantan United Football Club (KUFC), musim ini. Penyertaan pemain berusia 31 tahun itu diumumkan pada Selasa selepas majlis menandatangani tiga pemain oleh KUFC. Oday yang bakal menyarung jersi bernombor enam itu menjadi pemain import pertama skuad Kijang Hijau. "Saya memilih pasukan ini (KUFC) kerana sokongan rakyat Malaysia kepada kami sangat baik. Saya mahu tunjukkan kepada dunia bahawa kami masih bebas hidup termasuk bermain bola sepak. "Saya gembira berada di Malaysia dan Kelantan kerana bila beraksi di luar negara saya turut membawa nama Palestin. Seperti diketahui, ramai rakan-rakan saya termasuk ketua jurulatih telah syahid akibat peperangan di Gaza," katanya. Selain Oday, KUFC turut mengumumkan bekas pemain Kelantan FC, Mohammad Fazrul Amir Md Zaman dan bekas pemain Terengganu FC (TFC), Wan Mohamad Fazli Wan Ghazali sebagai muka baharu pasukan. Presidennya, Rozi Muhamad berkata, Kelantan United FC pada musim 2024/25 mahu melihat bakat tempatan beraksi di Liga Super. Justeru katanya, penyertaan Mohamad Fazrul Amir dan Wan Mohamad Fazli bertepatan dengan misi serta visi yang diinginkan oleh pihak pengurusan tertinggi kelab. Beliau juga meletak harapan tinggi buat kedua pemain itu untuk mengekalkan prestasi seterusnya membantu KUFC lebih cemerlang dan memberi saingan kepada kelab-kelab yang bersaing di Liga Super Malaysia. "Kita harap pemain muda berbakat besar ini turut memberikan nilai tambah pada prestasi pasukan dan paling utama ialah dapat menarik penyokong ke Stadium Sultan Muhammad IV," katanya. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-03-06 12:57:0

Catat Ulasan

0 Ulasan