SHAH ALAM - Seorang pemandu lori yang menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam di sini Rabu lalu, disambung reman dua hari untuk siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek sebelum ini diberkas dan direman tujuh hari untuk siasatan berhubung kejadian. "Perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Farah Rosnan bermula 7 Mac sehingga 8 Mac ini. "Siasatan berkaitan kes ini dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu. Pada Rabu, seorang wanita warga Thailand maut ditolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam di sini. Suspek terlibat yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 37 tahun itu diberkas selepas kejadian berkenaan. Menurut saksi, semasa kejadian terdengar pergaduhan antara mangsa dan suspek sebelum mendakwa melihat mangsa ditolak dari tingkat 23 dan jatuh ke tingkat tujuh kondominium tersebut. Mohd Iqbal berkata, laporan kejadian itu diterima pihaknya pada jam 10.02 malam sebelum pihaknya menahan suspek pada jam 10.10 malam di lokasi kejadian. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-03-06 13:57:0
0 Ulasan