Search

header ads

[SINARH] Pertimbang lanjut tempoh subsidi tiket penerbangan seminggu - Suhaimi



SHAH ALAM - Kerajaan diharap mempertimbangkan cadangan untuk melanjutkan tempoh pemberian subsidi tiket penerbangan selama seminggu berbanding tiga hari. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, saranan itu bertujuan bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Sabah untuk pulang menyambut perayaan bersama keluarga mereka. Ujar beliau, Kementerian Pengangkutan (MOT) juga perlu memberi penjelasan berhubung fungsi rangka pelaksanaan subsidi berkenaan sekiranya dilaksanakan. "Pada kesempatan ini saya ingin menzahirkan terima kasih kepada MOT atas pemberian subsidi tiket penerbangan selama tiga hari sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. "Sekiranya dapat dilaksanakan, saya berharap agar MOT dapat mempertimbangkan untuk melanjutkan tambahan hari bagi pemberian subsidi tiket penerbangan ini selama seminggu bagi memberi peluang lebih ramai lagi rakyat Sabah untuk pulang berhari raya bersama keluarga. "Cuma apa yang menjadi perhatian saya adalah bagaimanakah mekanisme pemberian subsidi ini akan dilaksanakan? Saya berharap agar kementerian dapat memberikan penjelasan serta perincian tentang perkara ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa. Pada Februari tahun ini, media melaporkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kerajaan menetapkan RM599 harga maksimum tiket penerangan kelas ekonomi sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan untuk perjalanan tiga hari, menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini. Menurut Anthony, ia antara lain bagi membantu melancarkan percutian orang ramai balik beraya ke kampung halaman masing-masing pada April nanti. Persatuan Barisan Pengguna Sabah (CFOS) kemudian meminta tempoh penetapan RM599 harga maksimum terbabit dipanjangkan dari tiga hari kepada dua minggu supaya lebih ramai penduduk dari ketiga-tiga wilayah mendapat harga tiket berpatutan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri. Bagaimanapun, Anthony menjelaskan permintaan tersebut dilihat akan melibatkan kos yang besar dan inisiatif penetapan harga itu dilakukan oleh MOT tanpa pembiayaan khusus daripada Perbendaharaan. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-03-05 21:10:0

Catat Ulasan

0 Ulasan