Search

header ads

[SINARH] RM100 juta untuk Kampung Angkat Madani - Nik Nazmi



KOTA BHARU - Kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk menjayakan program 40 Kampung Angkat Madani di seluruh negara. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad bagaimanapun berkata, sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk empat kampung di Kelantan bagi menjayakan program tersebut. "Kampung terlibat di negeri ini ialah Pasir Pekan Tengah, Tumpat, Kampung Batu Papan (Gua Musang), Jenal di Dabong (Kuala Krai) dan Aril, Melor (Ketereh). "Pilihan kampung dibuat berdasarkan kepada kampung yang sangat memerlukan bantuan dari segi keperluan asas serta mempunyai banyak kekurangan," katanya semasa sidang akhbar selepas merasmikan Forum Profesional Anak Kelantan 2024 di sini pada Sabtu. Menurut beliau, melalui cara ini kerajaan dapat menyelesaikan masalah kemudahan asas yang dihadapi oleh penduduk di kampung berkenaan. Ujarnya, tumpuan diberikan kepada perkhidmatan asas seperti jalan kampung, lampu jalan, bekalan air, elektrik, capaian internet dan sebagainya. Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Read more:SINARH
2024-03-30 20:46:0

Catat Ulasan

0 Ulasan