Search

header ads

[SINARH] SPRM kesan Mohd Razain bagi urusan pertuduhan di mahkamah



KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu urusan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam. SPRM dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan lelaki tersebut Mohd Razain Hashim, 45, mempunyai alamat terakhir di No 43A, Jalan Bukit Pandan Bistari 5, Taman Bukit Pandan Bestari, 56100, Cheras. "Individu tersebut telah gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi tujuan pertuduhan kes yang telah ditetapkan dan status waran tangkap telah dikeluarkan oleh mahkamah," menurut kenyataan itu. Menurut SPRM, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat Nur Farah Qamiellah Mohd Faisal di talian 07-2316000 atau 019-8318743 atau e-mel kepada farah.qamiellah@sprm.gov.my. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-03-05 23:55:0

Catat Ulasan

0 Ulasan