Search

header ads

[SINARH] Yusri belum nampak skuad bayangan Perak



JURULATIH Perak FC, Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/25 pada Mei ini. Yusri berkata, kesemua pemainnya diberi peluang untuk dinilai khususnya tahap kecergasan dan momentum persembahan dalam menentukan barisan terbaik. Beliau berkata, aksi pemanas badan dengan dua kelab daripada Singapura, Geylang International FC dan Abritex Niigata FC turut menjadi pentas untuk mencongak pemain yang ada. "Kita masih mencari kesebelasan terbaik untuk perlawanan akan datang namun sudah semestinya dengan beberapa kombinasi malam ini (Sabtu) saya rasa sedikit sebanyak dapat gambaran, cuma belum sepenuhnya. "Perlawanan malam ini kita kehilangan lima pemain utama, Sunday Afolabi yang baharu mengalami kecederaan, Jesper Nyhlom dan tiga pemain dipanggil ke skuad Harimau Malaya Bawah 23 (B-23). "Jadi agak sukar untuk saya buat penilaian, malah pemain yang ada menunjukkan keyakinan tinggi untuk tempatkan diri dalam kesebelasan utama," katanya selepas tamat aksi persahabatan antarabangsa pramusim antara Perak menentang Abritex Niigata di Stadium Perak, malam Sabtu. Perlawanan itu menyaksikan The Bos Gaurus menewaskan juara Liga Singapura itu dengan kemenangan 3-1. Dalam satu lagi aksi persahabatan antarabangsa sebelum ini, Perak berjaya menewaskan Geylang International FC dengan keputusan 3-0. - Bernama Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-03-31 20:31:0

Catat Ulasan

0 Ulasan