Search

header ads

[SINARH] AEON BiG teruskan inisiatif raikan anak yatim, asnaf



SHAH ALAM - AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) meneruskan inisiatif bagi membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim dengan memberi sumbangan 100 'goodies bag' kepada kumpulan itu dalam program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Selasa.Ketua Bahagian Sumber Manusia, Mohd Rizal Omar berkata, sumbangan berupa barangan asas seperti makanan dan minuman itu merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya pada bulan Ramadan ini.Menurutnya, AEON BiG telah melaksanakan banyak program dalam memberi tumpuan untuk memberi semula kepada masyarakat."Kami di AEON BiG sangat bersyukur dapat bekerjasama untuk program bersama komuniti seperti ini lebih-lebih lagi dengan acara sangat unik yang mana kita dapat makan di luar bersama-sama."Tahun ini merupakan kali ketiga pihak kami bekerjasama malah hubungan yang rapat dengan Sinar Harian membolehkan kami mengeratkan hubungan bersama masyarakat melalui penganjuran program seperti ini."Kami juga dapat merasai keakraban dengan orang ramai yang hadir dan ingin membalas semampu kami," katanya kepada Sinar Harian.Tambah Mohd Rizal, selain program berkenaan, AEON BiG juga telah mengedarkan lebih 21,000 bubur lambuk di semua 21 cawangannya seluruh Semenanjung Malaysia.Beliau berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan beberapa pihak seperti Coca-Cola Malaysia, Yayasan Ikhlas, RHB Banking Group (RHB) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam program Belanja Raya."Kerjasama dengan beberapa pihak ini bertujuan membawa keceriaan khususnya kepada anak-anak dan keluarga yang kurang bernasib baik dan memastikan keperluan mereka dipenuhi," ujarnya.Mengulas lanjut, Mohd Rizal berkata, AEON BiG turut melancarkan Memori Raya-Detik Kecil Yang Besar Maknanya sebagai tema sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini."Setakat ini kami telah memuat naik dua video sempena perayaan ini dan orang ramai boleh menontonnya di media sosial kami."Mesej yang kami ketengahkan di dalam video berkenaan supaya penonton mengimbas kembali pengalaman dan memori mereka sewaktu kecil yang mungkin tidak ada lagi pada masa kini," ujarnya.Tambah Mohd Rizal lagi, AEON BiG juga akan membawakan keceriaan Hari Raya untuk warga Negeri Sembilan, di mana AEON BiG akan membuka cawangan yang ke-22 di Palm Mall, Seremban pada 5 April ini.
Read more:SINARH
2024-04-03 13:35:0

Catat Ulasan

0 Ulasan