Search

header ads

[SINARH] Amukan Foden bantu City benam Villa



TANPA kelibat Erling Haaland dan Kevin De Bruyne, Phil Foden melakar sensasi apabila meledak hatrik ketika memacu kemenangan 4-1 Manchester City ke atas Aston Villa awal pagi Khamis. Kemenangan itu menghangatkan perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi perbezaan satu mata dengan pendahulu, Arsenal. Pep Guardiola juga membuat keputusan berani apabila meletakkan Haaland dan De Bruyne di bangku simpanan sepanjang perlawanan susulan jadual padat mereka mempertahankan tiga trofi. "Jadual (saingan EPL) itu memang teruk dan kami perlu mempunyai tenaga. Semua orang perlu terlibat," kata Guardiola. Dalam aksi di Etihad itu, City membuka tirai jaringan pada minit ke-11 menerusi ledakan Rodri sebelum pasukan pelawat menyamakan kedudukan hasil sentuhan Jhon Duran sembilan minit kemudian. Amukan Foden bermula pada penghujung babak pertama untuk meletakkan City di depan sebelum dua lagi jaringan dalam saingan separuh masa kedua. Aksi menakjubkan Foden mendapat pujian Guardiola yang menyifatkannya sebagai pemain terbaik Inggeris musim ini dan pemain muda berusia 23 tahun itu membalas kepercayaan apabila menyumbat 21 gol. "Phil ketika dia bermain di posisi tengah, dia mempunyai deria menjaringkan gol. "Dia benar-benar pemain berkelas tinggi dan mempunyai bakat semula jadi. Ia hadiah istimewa buat pasukan," ujar Guardiola. The Citizens kecundang 0-1 kepada Villa pada Disember dan ia kekalahan terakhir skuad Guardiola yang kini tidak tewas dalam 24 perlawanan. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-04-04 8:3:0

Catat Ulasan

0 Ulasan