Search

header ads

[SINARH] Angkasa import beras, kena tunggu keputusan kerajaan



KOTA BHARU - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sedang menunggu keputusan daripada kerajaan berkait kelulusan permit mengimport beras dari Thailand. Presidennya, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata, hal ini kerana Padiberas Nasional Berhad (Bernas) merupakan pengimport utama bahan mentah itu di negara ini. "Beras yang dibawa masuk itu akan dijual kepada 7.2 juta ahli koperasi sahaja tanpa melibatkan pengguna luar," katanya semasa ditemui pada Mesyuarat Agung Angkasa Negeri Kelantan di sini, pada Isnin. Menurut beliau, langkah tersebut merupakan salah satu usaha yang digerakkan untuk membantu ahli koperasi mendapatkan bekalan makanan dengan mudah. Ujarnya, pada masa sama Angkasa mencadangkan supaya pihak koperasi dari negara berkenaan mengimport kelapa sawit menerusi 'sistem barter'. "Dengan cara ini kita dapat membantu mengukuhkan lagi sumber ekonomi koperasi yang mengusahakan tanaman kelapa sawit," katanya. Abdul Fattah memberitahu, sebelum ini Angkasa telah memanjangkan hasrat tersebut kepada Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick selepas mengadakan perbincangan dengan koperasi di negara berkenaan. Ujar beliau, Angkasa berharap Ewon dapat membincangkan dengan Menteri Koperasi Thailand pada persidangan melibatkan Menteri Koperasi Asia Pasifik yang berlangsung di Jordan ketika ini. Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Read more:SINARH
2024-04-29 13:44:0

Catat Ulasan

0 Ulasan